Friday, May 24, 2013

Majlis Hari Guru PASTI Negeri Johor 2013

BATU PAHAT - Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Negeri Johor bagi tahun 2013 diadakan di Auditorium Adtec Batu Pahat semalam, 24hb Mei 2013. Majlis meraikan guru-guru PASTI dari seluruh negeri Johor yang meliputi 22 kawasan.

Majlis sambutan kali ini agak unik kerana pertama kalinya semua guru dan Pengerusi kawasan memakai baju batik dengan corak yang sama.

Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Pengarah PASTI Negeri Johor, Sdr Mahadzir Mat Zili. Turut hadir dan memberikan ucapan ialah Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Johor, Sdr Mohd Faizul Mohd Salleh dan juga wakil daripada Dewan Muslimat PAS Negeri Johor merangkap NGO PENDIDIK iaitu Cikgu Normala Sudirman. Majlis dirasmikan oleh ADUN Pt Yaani, yang juga merupakan bekas guru iaitu YB Aminolhuda Hassan.

Beberapa anugerah khas telah disampaikan;
1) Anugerah guru paling lama berkhidmat: Besek Dillong
2) Anugerah Siti Khadijah; Roha Suratman
3) Tokoh guru PASTI; Azizah Alimat

Tahniah. Pakej Umrah dihadiahkan bagi anugerah Siti Khadijah & anugerah Tokoh Guru.

Wednesday, May 22, 2013

Selamat Hari Guru

PASTI Negeri Johor mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru PASTI khususnya, dan kepada semua warga pendidik.

Friday, March 29, 2013

Ijtima' Majlis Guru PASTI Negeri Johor

Dengan pengisian yang dibawa "Murobbi Sepanjang Hajat". Program ini diadakan di Markaz PAS Sg. Tongkang, Rengit, Batu Pahat, bermula seawal 8.00pg dirasmikan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Sdr Khairul Faizi Ahmad Kamil.
Beberapa slot disediakan khusus untuk memberi pendedahan & pengetahuan kepada guru-guru menjadi pendidik yang lebih berkesan dan berketerampilan di kalangan masyarakat.